About Me

My Photo
“Any fool knows men and women think differently at times, but the biggest difference is this. Men forget, but never forgive; women forgive, but never forget.”

suami menangis isteri curang ..


Assalamualaikum

GOMBAK : Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang ke rumah di Rawang , dekat sini , kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain , Selasa lalu . Lebih menyedihkan , lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya itu adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitiskan air mata dan tidak mampu berkata apa-apa. Majikan isterinya yang panik melarikan diri namun dicekup penduduk. Mangsa sekali lagi mendesak sebelum mengaku melakukan hubungan terlarang dengan isteri mangsa. 

Sumber : Harian Metro 

Astaghfirullahalazim..
Bila aku baca keratan akhbar tajuk ni aku teringat dalam kisah Isra' dan Mikraj..
Sepanjang perjalan Isra' Rasulullah S.A.W yang ditemani Malaikat Jibril a.s , Rasulullah melihat satu kaum,
lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah dan busuk sedangkan ada daging yang masak disisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.

Jadi kesimpulannya, dunia sekarang dah berada pada akhir zaman. 
Zina , sumbang mahram, pergaulan bebas dah jadi perkara biasa dah kat dunia ni.. 
Apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni?

# Aku tak tau nak cakap apa dah.. :(



Terima kasih sebab dah baca entry Amalina.. Apa kata korang bagi komen pulak yer ? :D

4 comments:

Ain said...

astaghfirullah....ape lah nak jadi dengan sekarang ni :(

Miss Nieyna said...

dah ada suami masih nak cari laki lain ? adohyaiii . . .
mintak dijauhkan la benda2 cmni . . aminnnn ~

una imana said...

dunia akhir zaman..

Adibah Amalina said...

A'ah dunia akhir zaman.. ;(