Hari ni aku nak share entry ngan korang macam mana kita nak bercinta dengan Allah.. Sharing is caring.. Orang yang kedekut ilmu sentiasa rugi.. :)
1. Sentiasa mengutamakan urusan Allah dalam sertiap perkara contohnya mendirikan sembahyang di awal waktu.
2. Sentiasa memikirkan dan mengingati Allah di mana-mana sahaja.
3. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
4. Sentiasa mengharapkan perkara-perkara yang baik dari Allah.
5. Berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang.
6. Berusaha untuk memahami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran.
7. Berbuat kebaikan dalam setiap kesempatan yang ada.
8. Jangan sangka cinta Allah tidak boleh dicapai, sentiasalah berbaik sangka kepada-Nya.
9.Hindari perbuatan jahat dan akhlak yang buruk.
10. Fahami hakikat bahawa segala jenis cinta bersifat fana (akan binasa), tetapi cinta kepada Allah bersifat baqa (kekal selama-lamanya)
Harap korang lepas baca tips ni korang lebih mendekatkan diri kepada Allah..
Senang je nak bercinta dengan Allah..
:)