About Me

“Any fool knows men and women think differently at times, but the biggest difference is this. Men forget, but never forgive; women forgive, but never forget.”

10 cara untuk melupakan bekas kekasih ..


Assalamualaikum

Putus cinta ! ramai yang merana kerananya kecuali anda seorang yang kuat semangat atau anda merasakan cukup mudah mendapat pengganti . Selalunya masalah mereka yang putus cinta adalah sukar melupakan kekasih, memadamkan kenangan dan rasa rindu yang bersarang dihati. Jika ini yang sedang anda alami , cara berikut mungkin boleh membantu anda menyelesaikannya .



 
 
  • Anggap Dia Tidak Wujud : perkara pertama perlu anda lakukan ialah berhenti berlakon bahawa dia masih lagi milik anda . Relakan sesuatu . Mereka biasanya bukan seorang yang sempurna dan tidak mustahil jika kena pada pujuk rayunya, maka hubungan anda akan kembali terjalin sedangkan hati masih sakit mengenangkan setiap perbuatannya . Anggap sajalah dia tidak wujud dalam hidup anda . 
  •  Tutup Buku : perkara kedua perlu anda lakukan ialah , tutup serapat-rapatnya setiap perkara yang pernah anda dan dia lakukan jika anda benar-benar mahu putus dengannya .Anda harus ingat anda mahu menamatkan semuanya .Anda mungkin sudah bertemu dengan orang lain dan dia juga sama .Jangan sesekali bertemu dengannya lagi bila hubungan anda putus .
  • Jangan Hubunginya Lagi : ini satu perkara yang perlu anda amati dalam banyak tip diberi .Apabila anda mengambil keputusan menamatkan sebuah perhubungan ,ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius . Jangan sesekali hubunginya lagi .Memang agak sukar melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai namun ia bukan mengambil masa yang sangat lama untuk anda melupakannya . Buang semua nombor telefonnya , jangan sesekali SMS atau bertanya khabar tentangnya pada kawan-kawan yang mengenalinya .Biarkan masa berlalu mengikut takdir .
  • Sibukkan Diri : tanpa teman istimewa , anda mungkin punya banyak masa dengan diri sendiri . Anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gimnasium atau berjoging . Bukan saja baik untuk tubuh badan malah dengan kesibukan ini anda dapat melupakan dia dengan lebih cepat .Berita menariknya , bila ke gim , anda boleh melihat lebih ramai wanita lain disana .
  • Lupakan Semuanya : bunyinya seperti agak keras dan menakutkan namun anda perlu mempunyai hati kering untuk melakukannya .Membuang memori sebenarnya agak sukar kerana ia berkait rapat dengan hati dan perasaan namun tanyalah pada diri sendiri , sampai bila anda harus berkeadaan begitu. Mengapa anda harus menderita kerananya yang mungkin sudah punya kekasih baru saat anda merana mengenangkannya .Belajarlah menjadi orang yang kuat . Bukan pada tubuh badan tetapi pada hati .
  • Jauhi Kwan-kawannya : jika anda serius mahu melupakannya, anda perlukan pengorbanan .Mungkin agak sukar tetapi ia sangat baik untuk diri anda sendiri. Antara yang harus anda lakukan ialah jauhi kawan-kawannya. Jangan sesekali bertanya khabar lagi kerana anda akan mahu ambil tahu banyak perkara .Anda juga perlu jauhi tempat-tempat yang anda biasa pergi dengannya .
  • Jangan Ambil Barang-Barang : apabila anda sudah maju kehadapan, jagn sesekali berpatah balik atau menoleh ke belakang lagi . Apabila anda mula menoleh, anda akan mengingati lagi kenangan bersamanya. Apa sahaja barangan yang pernah anda berikan kepadanya, jangan sesekali ambil  kerana ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya . Lebih membuat sakit hati jika barnag-barang yang anda berikan itu mahal harganya .
  • Keluar Bersama Kawan-kawan : kenangan sering kali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan . Apabila kenangan datang menjelma , sudah tentu kita tidak berasa kuat lagi untuk menghadapinya . Justeru itu ,keluarlah bersama kawan-kawan anda. Habiskan banyak masa bersma mereka .Ia satu terapi yang paling baik untuk anda melupakan dirinya .
  • Pergi bersukan : bersukan mampu membuatkan tubuh badan lebih sihat selain akan membuatkan seseorang kelelahan. Jadi pergilah keluar bersukan kerana anda akan mudah tertidur pada malam harinya dan anda tidak punya masa untuk berangan lagi tentang bekas kekasih .
  • Selalulah ingati perkara buruk tentangnya : cinta itu indah jika anda selalu mengenang kemanisannya .Namun kalu hati sudah sakit, semuanya jadi benci .Satu perkara yang harus anda lakukan ialah mengingati kepahitan tau sesuatu yang buruk yang pernah terjadi antara anda dan dirinya. Anggap saja ia perkara menyakitkan hati dan membuatkan anda benci. Jangan sesekali mengenang kemanisan nanti anda juga yang sakit menanggung rindu . 
Sumber : Macam Macam Ada



Terima kasih sebab dah baca entry Amalina.. Apa kata korang bagi komen pulak yer ? :D

jom belajar bahasa jatti meirek ..

Assalamualaikum ..

Dulu seperti yang dijanjikan entry aku sebelum ni jom belajar bahasa sarawak aku ada cakap yang aku nak buat entry macam mana nak cakap bahasa jatti meirek kan ?? Nak buat lah ni.. hehe ..
Kalau nak tahu kaum jatti meirek ni hanya terdapat dekat Miri Sarawak .. 
Bahasa Jatti meirek ni memang susah sikit dari bahasa melayu Sarawak .. 

Jom mulakan ..

1. Bunyi sebutan asal huruf   "e"  yang berbunyi ke bawah ditulis sebagai huruf  "ai" .. 

Contohnya : Tuffer - Tuffair

2. Untuk perkataan Meirek yang mempunyai huruf  "o" hujungnya , huruf  "ao" digunakan untuk menyebutnya ..

Contohnya :  Uttok - Uttaok

Adakah anda faham ? HEHE ..

   ------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Aoh - Awak
    Koi / jahek - Saya

Ayat : Koi salam bayek aoh ..
Maksud : Saya sayang dengan awak ..

2. Jekman - Cantik

Ayat : Aoh sanik jekman aloh itoi ..
Maksud : Awak sangat cantik hari ini ..

3. Umin - Makan
    Mesap - Minum

Ayat : Aoh mestik umin bek mesap ..
Maksud : Awak mesti makan dan minum

4. Ammeh - Kami

Ayat : Ammeh baruh dusuk tad Sarawak tubuk nyamar nek ..
Maksud : kami baru tiba dari Sarawak awal pagi tadi ..

5. Gammer - Gambar

Ayat : Tulung apan gammer ameh debeh ..
Maksud : Tolong ambil gambar kami berdua ..

6. Numer - Nombor

Ayat : Upeh numor talipon aoh ?
Maksud : Apa nombor telefon awak ?

7. Tinnah - Emak

Ayat : Tinnah koi massak nudik ..
Maksud : Emak saya pandai masak ..

8. Tammah - Ayah

Ayat : Tammah koi sanik jek man ..
Maksud : Ayah saya sangat kacak ..

9. Tukah lakeh - Abang 

Ayat : Tukah lakeh koi jakak itoi saddeng belajer gu Australia ..
Maksud : Abang saya sekarang sedang belajar di Australia ..

10 . Tukah turai - Kakak

Ayat : Tukah turah koi uaoh saddeh berejeh asin ..
Maksud : Kakak saya belum bekerja lagi ..

11. Betak arapan - Hampa

Ayat : Nobayek  koi  betak arapan inok uaoh burey gu universiti ..
Maksud : Kawan saya  hampa kerana tidak dapat ke universiti ..

12. Herusau - Ikut 

Ayat : Koi gatan herusau nyih gu abun
Maksud : Saya akan ikut dia ke kebun ..

13. Groong - Guruh

Ayat : Nyilloh siak ba'ut bayek groong ..
Maksud : Kamu jangan takut dengan guruh ..

14. Lengan - Lain

Ayat : Lengan tulok aoh aloh itoi ..
Maksud : lain betul awak hari ini ..

15. Anhenanak - Masakan

Ayat : Anhenanak tinnah sekanak koi aneng sanik jek nyam ..
Maksud : Masakan makcik saya memang sangat sedap ..

Tak ada ayat ..

1. Tadih - Adik
2. Fek - Air
3. Mapan - Mengambil ; Apan - Ambil 
4. Lengan Man - Aneh
5. Jemusey - Mengangkat ; Jusey - angkat
6. Awu - Anjing
7. Upeh beritah - Apa khabar 
8. Igun - Api
9. Buow - Atas
10. Akik - Banyak 
11. Man itoi - Begini
12. Man yen - Begitu
13. Jillih - Berani
14. Begallep - Bergurau
15. Bebukut - Bertumbok
16. Ayak - Besar
17. Hatak - Bintang
18. Jubit - Bising
19. Assing - Butang
20 . Dahagek - Dahaga
21. Senakaoh - Curi
22. Bah - Durian
23 . Massak - Pandai
24. Sanang Atai - Gembira
25. Ge-nec  -  Geli
26.Ngihok - Jeling
27. Siak - Jangan
28 .  Lurus atai - Jujur
29. Uoh tatok pasal - kelam kabut
30 . Bekanak - keluarga
31. Matadullah - Matahari
32. Kap Mattah - pejam mata
33. Sufit - Pasang
34. singnge - Singgah


# Ok done ! Itu je laa.. Letih dah jari ni nak menaip.. Selamat mencuba ! Jangan peningpening sudah.. hikhik

* sumber : panduan bercakap bahasa jatti meirek 



Terima kasih sebab dah baca entry Amalina.. Apa kata korang bagi komen pulak yer ? :D