About Me

“Any fool knows men and women think differently at times, but the biggest difference is this. Men forget, but never forgive; women forgive, but never forget.”

10 cara untuk melupakan bekas kekasih ..


Assalamualaikum

Putus cinta ! ramai yang merana kerananya kecuali anda seorang yang kuat semangat atau anda merasakan cukup mudah mendapat pengganti . Selalunya masalah mereka yang putus cinta adalah sukar melupakan kekasih, memadamkan kenangan dan rasa rindu yang bersarang dihati. Jika ini yang sedang anda alami , cara berikut mungkin boleh membantu anda menyelesaikannya .



 
 
  • Anggap Dia Tidak Wujud : perkara pertama perlu anda lakukan ialah berhenti berlakon bahawa dia masih lagi milik anda . Relakan sesuatu . Mereka biasanya bukan seorang yang sempurna dan tidak mustahil jika kena pada pujuk rayunya, maka hubungan anda akan kembali terjalin sedangkan hati masih sakit mengenangkan setiap perbuatannya . Anggap sajalah dia tidak wujud dalam hidup anda . 
  •  Tutup Buku : perkara kedua perlu anda lakukan ialah , tutup serapat-rapatnya setiap perkara yang pernah anda dan dia lakukan jika anda benar-benar mahu putus dengannya .Anda harus ingat anda mahu menamatkan semuanya .Anda mungkin sudah bertemu dengan orang lain dan dia juga sama .Jangan sesekali bertemu dengannya lagi bila hubungan anda putus .
  • Jangan Hubunginya Lagi : ini satu perkara yang perlu anda amati dalam banyak tip diberi .Apabila anda mengambil keputusan menamatkan sebuah perhubungan ,ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius . Jangan sesekali hubunginya lagi .Memang agak sukar melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai namun ia bukan mengambil masa yang sangat lama untuk anda melupakannya . Buang semua nombor telefonnya , jangan sesekali SMS atau bertanya khabar tentangnya pada kawan-kawan yang mengenalinya .Biarkan masa berlalu mengikut takdir .
  • Sibukkan Diri : tanpa teman istimewa , anda mungkin punya banyak masa dengan diri sendiri . Anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gimnasium atau berjoging . Bukan saja baik untuk tubuh badan malah dengan kesibukan ini anda dapat melupakan dia dengan lebih cepat .Berita menariknya , bila ke gim , anda boleh melihat lebih ramai wanita lain disana .
  • Lupakan Semuanya : bunyinya seperti agak keras dan menakutkan namun anda perlu mempunyai hati kering untuk melakukannya .Membuang memori sebenarnya agak sukar kerana ia berkait rapat dengan hati dan perasaan namun tanyalah pada diri sendiri , sampai bila anda harus berkeadaan begitu. Mengapa anda harus menderita kerananya yang mungkin sudah punya kekasih baru saat anda merana mengenangkannya .Belajarlah menjadi orang yang kuat . Bukan pada tubuh badan tetapi pada hati .
  • Jauhi Kwan-kawannya : jika anda serius mahu melupakannya, anda perlukan pengorbanan .Mungkin agak sukar tetapi ia sangat baik untuk diri anda sendiri. Antara yang harus anda lakukan ialah jauhi kawan-kawannya. Jangan sesekali bertanya khabar lagi kerana anda akan mahu ambil tahu banyak perkara .Anda juga perlu jauhi tempat-tempat yang anda biasa pergi dengannya .
  • Jangan Ambil Barang-Barang : apabila anda sudah maju kehadapan, jagn sesekali berpatah balik atau menoleh ke belakang lagi . Apabila anda mula menoleh, anda akan mengingati lagi kenangan bersamanya. Apa sahaja barangan yang pernah anda berikan kepadanya, jangan sesekali ambil  kerana ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya . Lebih membuat sakit hati jika barnag-barang yang anda berikan itu mahal harganya .
  • Keluar Bersama Kawan-kawan : kenangan sering kali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan . Apabila kenangan datang menjelma , sudah tentu kita tidak berasa kuat lagi untuk menghadapinya . Justeru itu ,keluarlah bersama kawan-kawan anda. Habiskan banyak masa bersma mereka .Ia satu terapi yang paling baik untuk anda melupakan dirinya .
  • Pergi bersukan : bersukan mampu membuatkan tubuh badan lebih sihat selain akan membuatkan seseorang kelelahan. Jadi pergilah keluar bersukan kerana anda akan mudah tertidur pada malam harinya dan anda tidak punya masa untuk berangan lagi tentang bekas kekasih .
  • Selalulah ingati perkara buruk tentangnya : cinta itu indah jika anda selalu mengenang kemanisannya .Namun kalu hati sudah sakit, semuanya jadi benci .Satu perkara yang harus anda lakukan ialah mengingati kepahitan tau sesuatu yang buruk yang pernah terjadi antara anda dan dirinya. Anggap saja ia perkara menyakitkan hati dan membuatkan anda benci. Jangan sesekali mengenang kemanisan nanti anda juga yang sakit menanggung rindu . 
Sumber : Macam Macam Ada



Terima kasih sebab dah baca entry Amalina.. Apa kata korang bagi komen pulak yer ? :D

jom belajar bahasa jatti meirek ..

Assalamualaikum ..

Dulu seperti yang dijanjikan entry aku sebelum ni jom belajar bahasa sarawak aku ada cakap yang aku nak buat entry macam mana nak cakap bahasa jatti meirek kan ?? Nak buat lah ni.. hehe ..
Kalau nak tahu kaum jatti meirek ni hanya terdapat dekat Miri Sarawak .. 
Bahasa Jatti meirek ni memang susah sikit dari bahasa melayu Sarawak .. 

Jom mulakan ..

1. Bunyi sebutan asal huruf   "e"  yang berbunyi ke bawah ditulis sebagai huruf  "ai" .. 

Contohnya : Tuffer - Tuffair

2. Untuk perkataan Meirek yang mempunyai huruf  "o" hujungnya , huruf  "ao" digunakan untuk menyebutnya ..

Contohnya :  Uttok - Uttaok

Adakah anda faham ? HEHE ..

   ------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Aoh - Awak
    Koi / jahek - Saya

Ayat : Koi salam bayek aoh ..
Maksud : Saya sayang dengan awak ..

2. Jekman - Cantik

Ayat : Aoh sanik jekman aloh itoi ..
Maksud : Awak sangat cantik hari ini ..

3. Umin - Makan
    Mesap - Minum

Ayat : Aoh mestik umin bek mesap ..
Maksud : Awak mesti makan dan minum

4. Ammeh - Kami

Ayat : Ammeh baruh dusuk tad Sarawak tubuk nyamar nek ..
Maksud : kami baru tiba dari Sarawak awal pagi tadi ..

5. Gammer - Gambar

Ayat : Tulung apan gammer ameh debeh ..
Maksud : Tolong ambil gambar kami berdua ..

6. Numer - Nombor

Ayat : Upeh numor talipon aoh ?
Maksud : Apa nombor telefon awak ?

7. Tinnah - Emak

Ayat : Tinnah koi massak nudik ..
Maksud : Emak saya pandai masak ..

8. Tammah - Ayah

Ayat : Tammah koi sanik jek man ..
Maksud : Ayah saya sangat kacak ..

9. Tukah lakeh - Abang 

Ayat : Tukah lakeh koi jakak itoi saddeng belajer gu Australia ..
Maksud : Abang saya sekarang sedang belajar di Australia ..

10 . Tukah turai - Kakak

Ayat : Tukah turah koi uaoh saddeh berejeh asin ..
Maksud : Kakak saya belum bekerja lagi ..

11. Betak arapan - Hampa

Ayat : Nobayek  koi  betak arapan inok uaoh burey gu universiti ..
Maksud : Kawan saya  hampa kerana tidak dapat ke universiti ..

12. Herusau - Ikut 

Ayat : Koi gatan herusau nyih gu abun
Maksud : Saya akan ikut dia ke kebun ..

13. Groong - Guruh

Ayat : Nyilloh siak ba'ut bayek groong ..
Maksud : Kamu jangan takut dengan guruh ..

14. Lengan - Lain

Ayat : Lengan tulok aoh aloh itoi ..
Maksud : lain betul awak hari ini ..

15. Anhenanak - Masakan

Ayat : Anhenanak tinnah sekanak koi aneng sanik jek nyam ..
Maksud : Masakan makcik saya memang sangat sedap ..

Tak ada ayat ..

1. Tadih - Adik
2. Fek - Air
3. Mapan - Mengambil ; Apan - Ambil 
4. Lengan Man - Aneh
5. Jemusey - Mengangkat ; Jusey - angkat
6. Awu - Anjing
7. Upeh beritah - Apa khabar 
8. Igun - Api
9. Buow - Atas
10. Akik - Banyak 
11. Man itoi - Begini
12. Man yen - Begitu
13. Jillih - Berani
14. Begallep - Bergurau
15. Bebukut - Bertumbok
16. Ayak - Besar
17. Hatak - Bintang
18. Jubit - Bising
19. Assing - Butang
20 . Dahagek - Dahaga
21. Senakaoh - Curi
22. Bah - Durian
23 . Massak - Pandai
24. Sanang Atai - Gembira
25. Ge-nec  -  Geli
26.Ngihok - Jeling
27. Siak - Jangan
28 .  Lurus atai - Jujur
29. Uoh tatok pasal - kelam kabut
30 . Bekanak - keluarga
31. Matadullah - Matahari
32. Kap Mattah - pejam mata
33. Sufit - Pasang
34. singnge - Singgah


# Ok done ! Itu je laa.. Letih dah jari ni nak menaip.. Selamat mencuba ! Jangan peningpening sudah.. hikhik

* sumber : panduan bercakap bahasa jatti meirek 



Terima kasih sebab dah baca entry Amalina.. Apa kata korang bagi komen pulak yer ? :D

Jom Belajar Bahasa Sarawak

Assalamualaikum readers !
                                        
             Sarawak Bumi Kenyalang
       

Aku nak buat entry ni sebab kawankawan aku asyik tanya aku macam mana nak cakap melayu Sarawak ni..
Sebenarnya bahasa Sarawak sangat banyak..
Kalau korang datang Sarawak ke Sabah ke memang pening kalau dengar bahasa diorang.. Banyak !
Aku orang Sarawak pun ada bahasa yang aku tak faham jugak..
Contohnya Iban, Kelabit, Kenyah, Bidayuh, Melanau.. Lepastu.. Setiap kaum pulak ada bahagiannya..
Contohnya Melanau.. Melanau Vaie lain bahasanya.. Melanau Mukah lain bahasanya.. Melanau Igan lain jugak bahasa diorang.. Melanau Daro, Melanau Dalat dan semualah !
 Lainlain jugak bahasa diorang.. Peningpening.. HAHA..
Dan aku pulak kaum kedayan.. Kedayan jugak macam orang melayu.. Sebab 100% orang Islam..
Kaum yang ada dekat Sabah Sarawak ni ada berpuluhpuluh..
Tapi majoriti penduduk pulau Borneo ni ialah Melayu..

Okeyokey..
Back to the topic..
Apa yang aku nak ajar korang ni ialah bahasa Melayu Sarawak..
Bahasa ni paling orang selalu pakai.. Sebab semua orang Sarawak faham..
Macam bahasa kebangsaan jugak laa kiranya..

Jengjengjeng~

1. Kamek  - Saya
    Kitak - Awak

    Ayat : Kamek  suka ngan kitak ewhh
    Maksud : Saya suka dengan awak laa

2. Sidak nya - Mereka

    Ayat  :   Sidak nya udah pergi tek
    Maksud : Mereka sudah pergi tadi

3. Nya  -  Dia

    Ayat : Badan nya kurus alu
    Maksud : Badan dia kurus sangat.

4. Sia - Itu

    Ayat : Sia nya kitak empun buku.
    Maksud : Itu dia awak punya buka..

5. Sinun - Sana  # Menunjukkan sangat jauh

    Ayat - Nya main bola dekat sinun
    Maksud : Dia main bola dekat sana

6. Sitok - Sini

   Ayat : Mak nyuruh kitak main bola dekat sitok ajak.
   Maksud : Mak suruh awak main bola dekat sini sahaja.

7.  Ngegeh - Gedik

     Ayat : Ngegeh mena ompuan ya ewhh..
     Maksud : Gedik betul perempuan tu..

8. Aok - Ya

   Ayat - Aok, kamek belum tepon nya gik.
   Maksud : Ya, saya belum telefon dia lagi..

9. Sik ada / Sekda - Tidak ada..

    Ayat : Sik , bukan kamek nok ngambik barang ya tek..
    Maksud : Tak , bukan saya yang ambil barang tu tadi..

10.  Iboh - Jangan

       Ayat : Iboh kita ngaco nya..
       Maksud : Jangan awak kacau dia..

11. Kelakar - Bercakap

      Ayat : Kamek mok kelakar ngan kitak kejap sebab kamek bosan..
      Maksud : Saya nak bercakap dengan awak sekejap sebab saya bosan.

12. Cali - Lawak

     Ayat : Cali mena muka kitak ya..
     Maksud : Lawak betul muka awak.


13. Manas - Marah

      Ayat : Aieeee , iboh laa manas kelak cepat tua..
      Maksud : Laaaaa, jangan laa marah nanti cepat tua..

14. Sine - Mana

     Ayat : Sine mok carik alatan sekolah ?
     Maksud : Mana nak cari alatan sekolah ?

15. Kacak - Cantik/ Hensem

     Ayat : 1. Kacak mena pemandangan dekat sitok..
               2. Kacak mena ompuan tadik ya ewhh
     Maksud : 1. Cantik betul pemandangan dekat sini..
                     2. Cantik betul permpuan tadi tu..

16. Dibah - Bawah

     Ayat : Pusak ya ada dekat dibah meja..
     Maksud : Kucing tu ada dekat bawah meja..

17. Nyaman  - Sedap
 
      Ayat : Masakan nok mak kamek masak anang nyaman..
      Maksud : masakan yang mak saya masak memang sedap..

18. Tikam - Baling/ Lontar

      Ayat : Iboh tikam sampah ya dekat luar penjan..
      Maksud : Jangan baling sampah itu dekat luar tingkap.

19. Kenja / Kenjit / Ranggat - Gatal

      Ayat : Iboh mok mengenja dekat sitok..
      Maksud : Jangan nak menggatal dekat sini..

20. Angol - Pening

     Ayat - Angol palak kamek dengan olah kitak
     Maksud - Pening kepala saya dengan perangai awak

21. Nerais - Jerit

       Ayat - Iboh nerais kuatkuat
       Maksud - Jangan jerit kuatkuat

22. Inggar - Geram

       Ayat - Inggar sa nyawa kamek
       Maksud - Geram rasa hati saya

23. Nginang - Pelihara

       Ayat - Kamek nginang pusak
       Maksud - Saya pelihara kucing

24.  segal / Tegal  : Disebabkan. 

       Ayat : Segal nak makey hp mahal snggup nak brabis duit gaji bulan tuk.
       Maksud : Disebabkan nak pakai hp mahal sanggup nak habiskan duit gaji bulan ni.. 

25. Mutit -Kutip

      Ayat  : Bagus belajar rajinrajin mun sik kereja mutit sampah
      Maksud : Bagus belajar rajinrajin kalau tak kerja kutip sampah


26. Pelanpelan - perlahan


      Ayat : Pelanpelan embak keta
      Maksud : Perlahan bawa kereta

27. Nyerin - Bingit

      Ayat :  Nyerin nar bunyi radio di pasang ktk ya.
      Maksud : Bingit betul bunyi radio di pasang awak tu.. 

28. Menjus -Bermasam muka

      Ayat : Kenak muka kitak menjus ?
      Maksud : Kenapa muka awak masam ?


29. Gerek - Pakwe / Makwe


       Ayat : Kamek sayang ngan gerek kamek
       Maksud : Saya sayang dengan pakwe/makwe saya


30.  Ngindin - Tumpang sekaki


       Ayat : Ada duit tapi sik meli makanan kedirik pakeinya.. Ngindin jak kereja nya..
       Maksud : Ada duit tapi tak beli makan sendiri untuk dia.. Kerja tumpang orang saja..

31. Dudi - Kemudian

      Ayat : Hal ya dudi dolok laa
      Maksud : Hal itu kemudian dulu laa

32.  Mengambor - Berselerak / Bersepah


      Ayat : Coba kitak susun barang kitak ya mengambor alu
      Maksud : Cuba awak susun barang awak tu berselerak betul

33. Tertilit-tilit - Mengintai

       Ayat : Apa yang kitak tertilit-tilit anak dara orang ya  sik bagus ewh.
       Maksud : Apa yang awak intai anak dara orang tu tak bagus laa..

34.  Belon - Kapal Terbang


       Ayat : Angol palak kamek lekak nait belon
       Maksud : Pening kepala saya lepas naik kapal terbang


35. Lejuk - Bosan


      Ayat : Lejuk kamek mok nangga cita ya..
      Maksud : Bosan saya nak tengok cerita tu.


36. Jerak - Serik


      Ayat : Jerak udah kamek mok bergerek gik mala kenak bulak jakjak
      Maksud : Serik sudah saya nak berkapel lagi selaku kena tipu je.


37. Itok - Teringat tak hentihenti


       Ayat : Itok kamek dengan bekas gerek kamek
       Maksud : Teringat saya dengan bekas bf/gf saya.

      


Yang ni pulak tak ada contoh ayat :

1. Tedah - Kesian
2. Kepak - Letih
3. Kayokayo - Kehulu kehilir
4. Plente - Bergurau
5. Pozer - Peniru/ Ciplak
6. Gai / Ucak - Poyo
7. Ilek 1 - Rehat
8. Ilek 2 - Sabar
9. Dolok - Dulu
10. Agik - Lagi
11. Nok ya - Yang itu
12. Madah/ Padah - Bagitahu
13. Kinektok - Sekarang
14. Biak - Budak
15. Nembiak kecik - Budak kecil
16. Tukuk - Ketuk
17. Congek - Kuat nangis
18. Jaik - Jahat / Hodoh
19. Sigek - Satu
20. Duak Igek - Dua
21. Tiga igek - Tiga # continue sampai sembilan sahaja
22. Ceridak - pengotor
23.  Ngereco - Bercakap dengan banyak atau bising
24. Tebik / Ponek - Kempunan
25.  Anang mancalmancal - Memang nakalnakal
26.  Jerak - Serik
27. Gago - Sibuk
28. Gula batu - Gulagula
29. Leput - Lemah
30. Layap - Leka
31. Nangga - Tengok
32. Polah- Buat
33. Engkah - Letak
34. Apakah - Macam apa.
35. Aruk - Goreng
36. Ngelepar - Berjalan
37. Lawa - Sombong
38. Perei - Ketawa tak hentihenti
39. Acap - naik air mcm bnjir.
40. bedengah - Menunjuknunjuk 

41. sepetar - Hospital
42. Selauk - Seliuh
43. Jeraya - Jalan raya
44. Ari marek - Kelmarin
45. Tukuk - Ketuk
46. Paluk - Pukul
47. Manok- Ayam
48. Pusak - Kucing
49. Asuk - Anjing
50. Gadong - wana hijau
51. Tergelei-gelei - Lu pikirlah sendiri
52. Merinsak - hidup yang susah
53. Tersimbak - Terangkat
54. Terbelak - Terkangkang
55. Paloi - Bodoh
56. Palat - Tikam belakang ( Backstabbers)
57. Empengo - muka blurr
58. Anak raja - Pelangi
59. Pakei - Pakai
60. Pikei - Fikir
61. Burit - Untuk orang semenanjung memang maksud burit ni lain.. Tapi bagi orang Sarawak bermaksud punggung..  Jangan heran kalau orang Sarawak selalu sebut perkataan ni.. Contohnya ' Rambut belahan burit'
62. Dapo api - Tempat memasak
63. Api - Lampu/ Api

Sampai situ je kot.. Sebab tak larat nak letak lagi.. HAHA
Banyak lagi bahasa Melayu Sarawak selain dari kat atas tu..
Aku je malas nak listkan semua.. hehehe..
Dan bahasa Sarawak ni huruf  ' R' ditebalkan..



# Aku gadis Sarawak.. Yeah ! hehe..

Lepas ni aku nak update entry sal bahasa kedayan dan jatti meirik pulak..
Sure berpusingpusing kepala otak.. HAHA


Yang Benar,
<3 Amalina


Terima kasih sebab dah baca entry Amalina.. Apa kata korang bagi komen pulak yer ? :D

Tips Bercinta Dengan Allah

 Assalamualaikum... ^_^

Hari ni aku nak share entry ngan korang macam mana kita nak bercinta dengan Allah.. Sharing is caring.. Orang yang kedekut ilmu sentiasa rugi.. :)


1. Sentiasa mengutamakan urusan Allah dalam sertiap perkara contohnya mendirikan sembahyang di awal waktu.

2. Sentiasa memikirkan dan mengingati Allah di mana-mana sahaja.

3. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

4. Sentiasa mengharapkan perkara-perkara yang baik dari Allah.

5. Berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang.

6. Berusaha untuk memahami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran.

7. Berbuat kebaikan dalam setiap kesempatan yang ada.

8. Jangan sangka cinta Allah tidak boleh dicapai, sentiasalah berbaik sangka kepada-Nya.

9.Hindari perbuatan jahat dan akhlak yang buruk.

10. Fahami hakikat bahawa segala jenis cinta bersifat fana (akan binasa), tetapi cinta kepada Allah bersifat baqa (kekal selama-lamanya)

Harap korang lepas baca tips ni korang lebih mendekatkan diri kepada Allah..
Senang je nak bercinta dengan Allah..
:)

Terima kasih sebab dah baca entry Amalina.. Apa kata korang bagi komen pulak yer ? :D