About Me

“Any fool knows men and women think differently at times, but the biggest difference is this. Men forget, but never forgive; women forgive, but never forget.”

10 cara untuk melupakan bekas kekasih ..


Assalamualaikum

Putus cinta ! ramai yang merana kerananya kecuali anda seorang yang kuat semangat atau anda merasakan cukup mudah mendapat pengganti . Selalunya masalah mereka yang putus cinta adalah sukar melupakan kekasih, memadamkan kenangan dan rasa rindu yang bersarang dihati. Jika ini yang sedang anda alami , cara berikut mungkin boleh membantu anda menyelesaikannya .



 
 
  • Anggap Dia Tidak Wujud : perkara pertama perlu anda lakukan ialah berhenti berlakon bahawa dia masih lagi milik anda . Relakan sesuatu . Mereka biasanya bukan seorang yang sempurna dan tidak mustahil jika kena pada pujuk rayunya, maka hubungan anda akan kembali terjalin sedangkan hati masih sakit mengenangkan setiap perbuatannya . Anggap sajalah dia tidak wujud dalam hidup anda . 
  •  Tutup Buku : perkara kedua perlu anda lakukan ialah , tutup serapat-rapatnya setiap perkara yang pernah anda dan dia lakukan jika anda benar-benar mahu putus dengannya .Anda harus ingat anda mahu menamatkan semuanya .Anda mungkin sudah bertemu dengan orang lain dan dia juga sama .Jangan sesekali bertemu dengannya lagi bila hubungan anda putus .
  • Jangan Hubunginya Lagi : ini satu perkara yang perlu anda amati dalam banyak tip diberi .Apabila anda mengambil keputusan menamatkan sebuah perhubungan ,ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius . Jangan sesekali hubunginya lagi .Memang agak sukar melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai namun ia bukan mengambil masa yang sangat lama untuk anda melupakannya . Buang semua nombor telefonnya , jangan sesekali SMS atau bertanya khabar tentangnya pada kawan-kawan yang mengenalinya .Biarkan masa berlalu mengikut takdir .
  • Sibukkan Diri : tanpa teman istimewa , anda mungkin punya banyak masa dengan diri sendiri . Anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gimnasium atau berjoging . Bukan saja baik untuk tubuh badan malah dengan kesibukan ini anda dapat melupakan dia dengan lebih cepat .Berita menariknya , bila ke gim , anda boleh melihat lebih ramai wanita lain disana .
  • Lupakan Semuanya : bunyinya seperti agak keras dan menakutkan namun anda perlu mempunyai hati kering untuk melakukannya .Membuang memori sebenarnya agak sukar kerana ia berkait rapat dengan hati dan perasaan namun tanyalah pada diri sendiri , sampai bila anda harus berkeadaan begitu. Mengapa anda harus menderita kerananya yang mungkin sudah punya kekasih baru saat anda merana mengenangkannya .Belajarlah menjadi orang yang kuat . Bukan pada tubuh badan tetapi pada hati .
  • Jauhi Kwan-kawannya : jika anda serius mahu melupakannya, anda perlukan pengorbanan .Mungkin agak sukar tetapi ia sangat baik untuk diri anda sendiri. Antara yang harus anda lakukan ialah jauhi kawan-kawannya. Jangan sesekali bertanya khabar lagi kerana anda akan mahu ambil tahu banyak perkara .Anda juga perlu jauhi tempat-tempat yang anda biasa pergi dengannya .
  • Jangan Ambil Barang-Barang : apabila anda sudah maju kehadapan, jagn sesekali berpatah balik atau menoleh ke belakang lagi . Apabila anda mula menoleh, anda akan mengingati lagi kenangan bersamanya. Apa sahaja barangan yang pernah anda berikan kepadanya, jangan sesekali ambil  kerana ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya . Lebih membuat sakit hati jika barnag-barang yang anda berikan itu mahal harganya .
  • Keluar Bersama Kawan-kawan : kenangan sering kali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan . Apabila kenangan datang menjelma , sudah tentu kita tidak berasa kuat lagi untuk menghadapinya . Justeru itu ,keluarlah bersama kawan-kawan anda. Habiskan banyak masa bersma mereka .Ia satu terapi yang paling baik untuk anda melupakan dirinya .
  • Pergi bersukan : bersukan mampu membuatkan tubuh badan lebih sihat selain akan membuatkan seseorang kelelahan. Jadi pergilah keluar bersukan kerana anda akan mudah tertidur pada malam harinya dan anda tidak punya masa untuk berangan lagi tentang bekas kekasih .
  • Selalulah ingati perkara buruk tentangnya : cinta itu indah jika anda selalu mengenang kemanisannya .Namun kalu hati sudah sakit, semuanya jadi benci .Satu perkara yang harus anda lakukan ialah mengingati kepahitan tau sesuatu yang buruk yang pernah terjadi antara anda dan dirinya. Anggap saja ia perkara menyakitkan hati dan membuatkan anda benci. Jangan sesekali mengenang kemanisan nanti anda juga yang sakit menanggung rindu . 
Sumber : Macam Macam Ada



Terima kasih sebab dah baca entry Amalina.. Apa kata korang bagi komen pulak yer ? :D